Saturday, 7 January 2012

Kasut sekolah Tak Kering..Senang jer

Salam semua,

Sesi persekolahan dah bermula..berapa pasang kasut yang anda sediakan untuk anak-anak?..Biasanya 2 pasang kasut setiap seorangkan..Itupun belum tentu sempat nak basuh..atau kadang2 malas nak basuh..So tips kali ini, macam mana nak bagi kasut sekolah cepat kering terutamanya pada musim hujan..

2 langkah mudah:
1. Ambil surat khabar lama, renyuk dan sumbat ke dalam kasut yang telahpun dibasuh.
2. Letakkan dibawah Peti sejuk anda..Selesai masalah ;-)
Credit to conteng-conteng.com

Kalau Pakaian terkena Chewing Gum

Hi semua..

Pasti ramai yang risau kalau pakaian terkena chewing gum atau bahasa pasarnya gula-gula getah..alamat ke tong sampahlah gamaknya baju tu sebab tak kuasa nak membersihkan kesan chewing gum tu kan..Jangan risau dan jangan dibuang yer baju tu cian dia..

Taken from Internet

3 Langkah Mudah:
1. Masukan pakaian ke dalam peti sejuk beku (30 minit - 1 jam) - bergantung kepada jenis kain yer..
2. Keluarkan pakaian tadi dan tanggalkan chewing gam tersebut,
3. Basuh seperti biasa

Monday, 2 January 2012

Yummy Mummy - Lil' Princess Pageant Contest (Online)

Eden Wood - Pageant Princess (Photo Taken from Internet)


Hi semua..

Masanya sudah tiba..Yummy Mummy Lil' Princess Pageant Contest..
Pertandingan ini bermula dari 1 Januari 2012 - 31 Januari 2012. Pemilihan pemenang akan dilakukan 2 minggu selepas tarikh tutup dan akan diumumkan di FB kami..Syarat-syarat penyertaan dan hadiah adalah seperti yang tertera dibawah..selamat menyertai pertandingan ini ;-)

Syarat Pertandingan:
1. Terbuka kepada FOLLOWER facebook dan Blogspot Yummy Mummy
(facebook.com/YummyMummyCollection) dan (http://yummymummymy.blogspot.com)
2. Pertandingan "Yummy Mummy Lil' Princess Pageant Contest" ini adalah dijalankan secara Online
3. Untuk menyertai pertanding ini, peserta mestilah seorang kanak-kanak perempuan dan berumur dari 3 - 4 tahun.
4. Peserta boleh menghantar tidak lebih dari 5 (Lima) gambar tetapi hanya 1 (Satu) gambar terbaik sahaja yang akan dipilih.
5. Pakaian kanak-kanak unntuk menyertai pertandingan ini adalah terpulang kepada kreativiti masing-masing6. Pemenang adalah berdasarkan pilihan ramai (Undi Popular) - untuk Juri Awam tu..kenalah juga LIKE facebook kami yer..kalau tidak undian tidak dikira..
7. Keputusan pertandingan adalah muktamad dan sebarang email atau bantahan di dalam FB tidak akan dilayan ;-)

Hadiah Pemenang untuk Yummy Mummy Lil' Princess Pageant Contest:
1. Hadiah tempat PERTAMA
- Pakaian kanak-kanak Tajaan Yummy Mummy bernilai RM45.90
- Set alatan menulis dan mewarna

2. Hadiah Tempat KEDUA
- Set alatan menulis dan mewarna

HADIAH akan disampaikan kepada Pemenang melalui POS...

p/s sebarang pertanyaan sila emaikan kepada yummymummymy@gmail.com

Sunday, 1 January 2012

Happy New Year 2012

Hello 2012..


Cepatnya masa berlalu kan..Kiranya Yummy Mummy sudah berblogging (hai ada ka perkataan nie?) 2 tahun..tahun lepas dan tahun nie..hahaha..Aci ke macam tu?..ala kira acilah kan..

Jadi apa azam tahun nie?..azam tahun nie nak tunaikan azam yang belum tertunai tahun depan..hehehe..nampaknya banyak lagi azam tahun 2011 yang belum terlaksa..business pun belum matap lagi..cabaran jugakan bila bekerja dan pada masa yang sama buat business sambilan..Time Management..that's they KEY WORD..kenalah belajar cara nak menguruskan masa..Insyaallah semuanya akan berhasil..Usaha, Doa dan Bertawakallah..berserah padaNya..pasti ada kejayaan menanti Kita..

Selamat tinggal 2011...dan Selamat datang 2012..

Ya Tuhanku, Tuhan yang Maha Berkuasa..Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Kau lindungilah keluargaku, guru-guruku, rakan-rakan ku serta semua umat Islam yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..Kekalkan lah kami dalam Islam dan matikanlah kami juga dalam Islam..semoga kami semua sentiasa dalam limpah rahmatMu..AMIN

Friday, 16 December 2011

3 Langkah Mudah untuk Mengosok Baju Batik - Yummy Mummy Collection

Dear Yummy Mummy Collection shoppers..hari ni kami ingin berkongsi cara mudah untuk mengosok pakaian atau baju batik anda..tidak kiralah baju batik, baju kurung batik, kebaya batik..apa sajalah asalkan Batik.

Credit to mybagan.blogspot.com

Langkahnya amat mudah, semudah 123..

1. Ambil baju batik anda dan basahkan sedikit dengan air (boleh direnjis..ataupun spray atau alirkan je air dari paip anda..jangan sampai basah lenjun sudah ler)
2. Bungkus baju batik tadi dengan supek aka plastik (tentunya yang bersih yer..jangan plastik bungkus ikan takut baju anda berbau)..ikat dengan kemas dan masukkan ke dalam peti sejuk beku selama lebih kurang 10-15 minit..
3. Keluarkan dari peti sejuk beku dan boleh lah diseterika seperti biasa..Insyaallah baju akan lebih mudah digosok..

ok shopper..jumpa lagi di blog Yummy Mummy Collection...daaaa